Rabu, 17 Mac 2010

gobind melawat akademi tahfiz al hira tahun 2009




Muhammad Arif Ismail | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Tue | Apr 21, 09 | 12:25:05 pm MYT

PUCHONG, 21 April (Hrkh) - Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo telah menyerah sedikit sumbangan dalam satu Majlis Kesyukuran sempena penubuhan sekolah tahfiz yang dikenali sebagai Akademi Tahfiz Al-Hira dekat sini pada 19 April lalu.

Gobind ketika ditemui berkata, beliau berasa bangga dan berterima kasih kepada pihak yang terlibat kerana diberi peluang untuk bersama-sama memeriahkan lagi majlis kesyukuran sempena penubuhan Akademi Tahfiz Al Hira.

"Saya diberitahu dalam beberapa minggu lalu agar boleh mendapatkan sedikit sumbangan kewangan bagi menjayakan projek memberi pendidikan agama dan tahfiz kepada penduduk di sekitar Puchong.

"Di sini saya mahu tegaskan dua perkara iaitu, sebagaimana kita maklum bahawa saya sebagai Ahli Parlimen Puchong, peruntukkan yang kita dapat ini tidak selaras dengan peruntukkan yang diberikan kepada Ahli dewan Undangan Negeri (Adun)," katanya.

Oleh itu, menurut beliau yang berjanji dengan pengetua sekolah ini untuk sedaya upaya untuk mendapatkan sedikit sebanyak sumbangan dari Kerajaan Negeri bagi menjayakan projek ini yang dilaksanakan oleh akademi ini.

Beliau menegaskan bahawa, akademi tahfiz seperti ini cukup penting kepada penduduk di dalam Parlimen Puchong.

"Saya hadir pada hari ini kerana hendak melihat sendiri sejauh mana perjalanan projek yang dilaksanakan dan projek ini memang berjaya. Saya harap, akademi ini akan terus berkembang agar seluruh Puchong bahkan seluruh negara tahu mengenai akademi tahfiz ini," sambung beliau.

Sementara itu, menurut pengetua, Ustaz Mohamad Izan Abdullah Halim al hafiz atau lebih mesra dikenali Adam, akademi ini telah ditubuhkan pada 5

Februari lalu dan telah mendapat sambutan yang sangat mengalakan.

"Atas dasar inilah kita cuba tubuhkan sebuah institusi yang bertarafkan agama yang akan memberi faedah kepada seluruh penduduk di kawasan ini," katanya.

"Kita di sini tidak meletakkan kadar yuran yang tinggi. Sebab itulah kami, memerlukan sumbangan dari orang ramai kerana kami hanya untuk membantu memberi pendidikan Islam ketika masyarakat sangat dahagakan ilmu agama iaitu kami bantu orang yang jahil dalam ilmu agama.

"Apa yang penting ialah mereka mempunyai kesedaran dan minat untuk menghafaz kalam-kalam Allah bagi merubah diri masing-masing, sebab itulah kami tidak meletakkan yuran yang tinggi," katanya.

Sebarang sumbangan ikhlas hendaklah dihulurkan kepada pengetua akademi tahfiz al hira: atau layari laman di www.akademitahfizalhira.blogspot. - mns_