Khamis, 7 Oktober 2010

BAGAIMANA Mencapai VISI?..

VISI yang JELAS oleh Akademi Tahfiz Al Hira

Ya, visi yang jelas. Sangat perlu kerana anda semua yang akan membawa visi ini bersama-sama kepada setiap warga muslim. Apabila mempunyai visi yang jelas, maka kami, anda dan setiap muslim memahaminya dengan jelas dan akan sama-sama bekerjasama membantu mereka dan diri sendiri mencapai visi tersebut.



CARA mencapai Visi

Bahan

Buat masa ini kami menyediakan bahan yang mudah dipelajari dan insyaAllah berkesan untuk semua. Bahan ini tidak semestinya statik (tetap), mungkin anda mempunyai idea yang lebih inovatif yang mana bahan sedia ada boleh dinaiktarafkan dan diperluaskan cara mempelajarinya atau penciptaan kaedah mudah terbaru dengan mengambil kira perkembangan sumber yang ada terutamanya dibidang teknologi komputer, electronik dan multimedia.

Jemputan Menjadi Pelajar dan Guru

Pengumpulan pengkalan data yang berminat untuk menjadi Pelajar dan Guru Akademi Tahfiz Al Hira di akademitahfiz.com. Semestinya anda yang mendaftar sebagai guru telah pun mempunyai ilmu dibidang yang diperjuangkan, hanya saja perlu memahami kaedah pembelajaran menggunakan modul daripada akademi, training disediakan dengan sedikit yuran agar anda tidak mempermain-mainkan komitmen yang kami peruntukkan. Sebaliknya anda yang mendaftar sebagai pelajar telah pun bersedia untuk belajar menggunakan kaedah mudah daripada akademi. Masa berlalu, pengkalan data insyaAllah berkembang, dan kami akan menyatukan Guru dan Pelajar di sesuatu kawasan yang berdekatan dan menjadikan rumah pelajar sebagai tempat belajar. Seelok-eloknya satu keluarga belajar bersama-sama.

Pembelajaran

Akademi Tahfiz Al Hira perlu menetapkan bayaran supaya tidak menggangu perjalanan pembelajaran membaca Al-Quran Bertajwid / Hafazan / Bahasa Al-Quran. Jumlah pembayaran tersebut adalah RM300 dengan syarat-syarat dibawah:
Sekurang-kurangnya 6 orang pelajar disesebuah tempat belajar. Jika lebih daripada 6 orang, setiap orang harus ditambah sebanyak RM50. Jika kurang daripada 6 orang, bayaran adalah tetap RM300.
Pembelajaran adalah seorang demi seorang, seminggu sekali selama lebih kurang 15minit setiap seorang.
Pembelajaran adalah mengikut kecepatan pelajar. Walaubagaimanapun, pembelajaran secara banyak dalam satu masa adalah sangat tidak digalakkan kerana ia akan menjadi kurang berkesan.
Pembayaran kepada Guru hendaklah dilakukan dalam minggu pertama bulan pengajian. Bermaksud yuran pembelajaran hendaklah dijelaskan pada minggu pertama untuk pengajian bulan tersebut.
Modul pembelajaran adalah dibeli terus daripada Akademi Tahfiz Al-Hira dengan kos persendirian sama ada guru ataupun pelajar. Diskaun 10% akan diberikan kepada mereka yang telah mendaftar.
Para guru hendaklah memasukkan 10% daripada hasil bulanan kedalam akaun Akademi Tahfiz Al Hira sepertimana yang tercatat di dalam Surat Bai'at yang ditandatangani.
Faedah Sebagai Pelajar

Anda mempelajari kaedah yang mudah dan berkesan untuk dipelajari menggunakan kaedah daripada Akademi Tahfiz Al-Hira.
Anda belajar secara perseorangan. Lebih fokus yang akan mendorong kepada kejayaan yang lebih cepat dan tepat. Berbanding jika belajar secara kelas yang kurang fokus akhirnya ramai yang akan give-up (berputus asa).
Dapat membantu menambah pendapatan saudara anda yang berilmu.
Anda mempelajarinya di keselesaan rumah anda bersama-sama keluarga anda. Akan mewujudkan suasana keceriaan dan kemesraan dalam keluarga. InsyaAllah diberkati dan dirahmati.
Automatik menjadi Kelab Pelajar Akademi Tahfiz Al Hira dan boleh berforum secara ekslusif bersama-sama pelajar yang lain di Forum Akademi Tahfiz Al Hira.
Melantik moderator forum pelajar akademi dan boleh merancang untuk melakukan aktiviti pelajar akademi.
Faedah Sebagai Guru

Anda mempunyai modul yang mudah diajarkan dan mudah difahami oleh pelajar. Mereka boleh membuat ulangkaji sendiri tanpa anda. Anda hanyalah tempat untuk memastikan bahawa apa yang dibaca dan difahami adalah menepati. InsyaAllah mereka tidak akan menyesal.
Mengajar secara perseorangan adalah lebih fokus dan anda boleh memberi penumpuan kepada bahagian-bahagian lemah secara individu.
Anda boleh menambah pendapatan dengan ilmu yang anda miliki.
Automatik menjadi Kelab Guru Akademi Tahfiz Al Hira dan boleh berforum secara ekslusif bersama-sama guru yang lain di Forum Akademi Tahfiz Al Hira.
Melantik moderator forum guru akademi dan boleh merancang untuk melakukan aktiviti guru akademi.

Membuka Premis Akademi Tahfiz Al Hira

Kepada guru dan pelajar akademi yang ingin membuka cawangan / francais Akademi Tahfiz Al Hira di kawasan anda adalah sangat di alu-alukan. Di premis Akademi Tahfiz Al Hira akan diadakan pembelajaran secara berpusat kaedah-kaedah yang diperkenalkan oleh akademi. Suasana pembelajaran adalah lebih kepada mengikut tahap umur iaitu Kanak-kanak dan dewasa. Waktu pembelajaran terbahagi kepada tiga iaitu pagi, petang dan malam. Premis di wujudkan atas kos anda dengan pantauan daripada pihak akademi. Promosi akan dilakukan oleh anda dan insyaAllah pihak akademi akan membantu. Sekurang-kurangnya dengan pengkalan data guru dan pelajar yang ada, dan juga melalaui website ini. Secara kasarnya adalah sepertimana diterangkan di atas. Selebihnya, anda boleh datang atau menelefon kami. Para pengusaha hendaklah memasukkan 10% daripada keuntungan bersih bulanan kedalam akaun Akademi Tahfiz Al Hira sepertimana yang tercatat di dalam Surat Bai'at yang ditandatangani.

NILAI yang Menjadi Pegangan

Nilai sepertimana dinyatakan di atas hendaklah menjadi pedoman setiap guru dan pelajar Akademi Tahfiz Al Hira. Sesungguhnya jika diamati Asma Ul-Husna Allah s.w.t. itu, itulah sebenarnya suara hati kita semua. Allah s.w.t. mempunyai Asma Ul-Husna Al-Rahim yang Maha Pengasih Penyayang, maka kita hendaklah menjadi seorang yang kasih sayang kepada saudara kita yang lain, ajar dan belajarlah dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang. Begitu Allah s.w.t. mempunyai Asma Ul-Husna Al-Adl yang Maha Adil, maka kita hendaklah menjadi seorang yang adil kepada diri sendiri dan saudara kita yang lain. Al-Khaliq yang Maha Pencipta, ciptalah susuatu yang boleh memberi manfaat kepada seluruh masyarak, Al-Sobur yang Maha Penyabar, bersabarlah dengan ujian dan cabaran yang didatangkan oleh Allah s.w.t. sesungguhnya ujian itu adalah untuk iman ditingkatkan, Al-Ghofur yang Maha Pengampun, Al-Rahman yang Maha Pemurah dan sebagainya yang lain.



KESIMPULAN

InsyaAllah, jika anda percaya dan yakin kepada diri anda untuk menjadi guru atau pelajar AKademi Tahfiz Al-Hira, maka sebahagian besar Visi ini berjaya.


HakCipta Terpelihara (c) 2009 Akademi-Tahfiz.com - All Rights Reserved